jika diri ku ialah kucing
ya.jika diri ku seekor kucing.
mungkin jiwa ku lebih tenang.
itu pun jika dilahirkan di tempat yang baik-baik.
seperti di dpp ku ini.
di mana anak2 kucing disayangi walaupun
aroma tahi2 bersepah dihidu tiap hari.
namun ku tidak dipertanggungjawapkan.
dengan tugas sebagai seorang khalifah.
jika diriku seekor kucing.
ku cuma perlu makan dan tidur.
sungguh senang untuk mendapatkan makanan
tak perlu bekerja sekian hari.
tidak perlu jua memburu.
cuma perlu membuat muka comel pada manusia.
pasti ada yang tersentuh dan memberikan makanan.
sungguh berat tanggungjawap sebagai seorang khalifah bumi.
gentar kerana tidak cukup lagi ilmu ku.
takut kerana tidak cukup hebat peribadi ku.
terketar kerana tidak mungkin cukup jua amalan ku.
-.-
bila kah mampu ku menjadi seseorang.
yang mampu berdiri seorang.
yang mampu mengajar seorang demi seorang.
yang mampu memimpin orang.
jika di kecilkan skop itu.
yang mampu berdiri teguh.
yang mampu mengajar puteri hati supaya utuh.
yang mampu memimpin keluarga supaya patuh.
bila kah.
ku terus diselebungi kegelapan.
jika ku tidak bertindak keluar dari kegelapan ini.
tiada lagi yang mungkin dapat membantu ku.
segalanya untuk ku berubah sendiri.
ku pinta bukan banyak.
daku ini bukan ya tamak.
cuma ku mahukan terbaik untuk ayah dan mak.
ku pinta bukan segalanya
daku ini bukannya hilang pertimbangannya
cuma ku mahukan terbaik untuk isteri dan keluarganya.
ku pinta bukan keterlaluan
daku ini bukan hilang haluan.
cuma ku mahukan hidup sederhana belanja ikut keperluan.
ku pinta supaya sempurna
daku ini bukannya inginkan terbaik tera mana.
cuma ingin kan hidupku tenang tanpa balana.
No comments:
Post a Comment