mati.pernahkah terfikir bagaimana cara kita akan mati kelak?pernahkah terfikir bilakah kita akan mati?pernahkah terfikir BERSEDIA kah kita utk mati?
dari dulu sampai la sekarang.aku masih tidak dapat menangkis pendapat yang aku tidak lah berumur panjang.entah mengapa semakin hari semakin pasti aku rasakan ia bakal menjadi kenyataan.
kedua datuk ku telah pergi.bapa saudara ku telah pergi.namun aku terlalu kecik untuk mengerti erti kematian pada waktu itu.aku tidak langsung pergi ke kubur untuk melihat datuk belah ayahku. :| namun pemergian rakanku sedikit sebanyak membuka mataku.
tahun lalu,rakanku alif lye telah pergi selamanya.sayu hati mendengar khabar berita.pernah ku berjalan beramai-ramai dengan rakan ku dan dia berada di situ.berborak dan bergelak tawa.beberapa tahun tidak ketemu.dikhabarkan berita yang tidak akan temu selamanya.sayu hati ku mendengar khabar berita.sayu lagi hatiku pabila ku membaca blog yang ditulis kakak arwah yang menulis mengenai beliau.
http://rencahhati.blogspot.com/2010/07/adik.html
ku sayu namun senyum akhirnya.ku gembira utk rakanku.ibubapa beliau redha dengan pemergian nya.aku jua cemburu.kerana ibu nya redha dengan pemergiannya.redha ibu itu mungkin akan membuatkan arwah pergi dengan tenang. :'(
tersentuh hatiku tiap kali membaca blog kakak arwah.
timbul persoalan.
jika ku pergi.
adakah ibubapa ku akan redha dengan pemergian ku?
adakah sesuatu yang bisa ibubapa ku kenang mengenaiku sepanjang hidup ku?
adakah semua kenalan ku.keluarga ku.sedara ku akan memaafkan ku?
adakah mereka akan menyedekah kan al-fatihah?
adakah aku bersedia bertemu Allah?
adakah amalan ku yang ku lakukan selama ini diterima?
adakah amalan ku mengcukupi?
itu ku tak pasti.tapi mati itu pasti.
marilah ingatkan diri kita pada kematian.
moga kita lebih beringat dan berusaha untuk memperbaiki diri.
Al-fatihah untuk arwah alif-lye.moga digolongkan dalam golongan orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment